Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menggesa pencarum mengikis sikap tidak kisah untuk menamakan waris mereka sebagai penerima wang simpanan berkenaan bagi mengelakkan masalah selepas mereka meninggal dunia.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata sebenarnya proses bagi menamakan waris sebagai penerima wang simpanan itu tidak sukar dan hanya mengambil masa yang singkat.
“Bagaimanapun, terdapat pencarum yang tidak mengambil endah mengenai perkara ini.
“Ini menyebabkan timbul masalah untuk membahagikan wang simpanan mereka itu apabila pencarum tidak menamakan waris mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Samsudin berkata, daripada kira-kira 12 juta pencarum KWSP, sebanyak 23.7 peratus atau 2.78 juta pencarum yang masih tidak menamakan waris masing-masing sebagai penerima atau pentadbir wang simpanan itu.
Dari keratan akhbar Harian Metro...
0 comments:
Post a Comment