Monday, January 11

Bahana FOREX: 'Labur RM360,000 jika mahu gaji bulanan'

Ingin gaji melabur dulu. Itulah taktik digunakan syarikat pelaburan mata wang asing di ibu negara yang memperdayakan bakal graduan terdesak mendapatkan pekerjaan.


Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali sebagai Azah, 22, berkata dia menyedari ditipu selepas lima hari bekerja dengan syarikat yang terletak di Jalan Ampang.

"Ketika menghadiri temu duga, syarikat itu kelihatan gah kerana ramai pekerja dan mereka mendakwa anak syarikat kepada sebuah syarikat induk berpangkalan di luar negara.

"Saya ditawarkan bekerja eksekutif akaun memandangkan mempunyai kelulusan terbabit dari universiti tempatan," katanya.

Namun, gerak hatinya merasakan sesuatu tidak kena apabila tidak menerima surat tawaran kerja walaupun dijanjikan menerimanya pada hari pertama bekerja.

"Ketika ditemuduga mereka menawarkan gaji empat angka bagi semua jawatan ditawarkan. Bagi graduan baru dan tanpa pengalaman seperti saya sudah tentu ia satu jumlah yang tinggi dan tidak harus ditolak," katanya.

Apa yang menyedihkan, menurut Azah, setiap kali diaju mengenai surat tawaran kerja, pihak pengurusan syarikat itu sering berdolak- dalik.

"Selepas lima hari bekerja, syarikat memanggil pekerja baru dan memaklumkan gaji dibayar jika membuat pelaburan dengan mereka.

"Lebih mengejutkan jumlah minimum sekitar RM360,000 dan mereka meminta kami memujuk ahli keluarga melabur," katanya yang mendakwa beberapa lagi rakannya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, jumlah itu sesuatu yang tidak munasabah untuk dilabur kepada syarikat pelaburan.

"Menyedari ditipu, saya meletak jawatan di syarikat itu, namun kasihan melihat bakal graduan lain yang ramai hadir ke pejabat itu untuk ditemuduga.

"Atas nasihat rakan yang pernah 'terkena' saya tidak membuat pelaburan itu kerana ada terpedaya menjadi ejen pelaburan namun kini hidup dalam kebimbangan diburu pelabur. Ini kerana syarikatnya tiba-tiba 'ghaib' dengan alasan gulung tikar," katanya menasihati orang ramai jangan terpedaya dengan pekerjaan eksekutif menawarkan gaji yang tinggi.

Ajumain...Saya berminatlah untuk menjadi Perunding Unit Amanah...


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 019-393 5464 @ 017-385 3626

Emel: ajumain.caliph@gmail.com



0 comments: