DU LALA, 30, seorang wanita Cina yang berjaya 'memecah siling kaca' untuk bersaing dalam dunia korporat lelaki. Beliau juga merupakan watak di dalam sebuah novel yang terlaris di China. Buku tersebut didedikasikan kepada wanita yang bercita-cita tinggi dalam kerjaya di rantau Asia, yang merupakan negara ekonomi ketiga terbesar di dunia. "Kisah mengenai Du Lala adalah cerita yang terlaris pernah dituliskan. Ia adalah mengenai Du Lala, seorang wanita muda profesional seperti watak protagonisnya. Tanpa berlengah lagi kisah Du Lala 2 diterbitkan iaitu Hari-hari Indah. Ia juga mendapat sambutan. Dengan menggunakan nama samaran Li Ke dalam buku-bukunya, beliau dapat mengekalkan privasi. "Mendapat sedikit ketenangan adalah lebih baik daripada menjadi selebriti. Banyak individu yang melakukan perkara luar biasa tetapi tidak mahu mendapat terlalu banyak perhatian seperti selebriti," kata Du Lala pengarang buku tersebut. Sebuah novel lebih mudah dibaca daripada membaca sebuah buku panduan. Li Ke memberitahu, menggambarkan wirawatinya sebagai 'orang biasa' adalah lebih baik daripada norma tetapi tidak lebih daripada itu. Kesenangan yang diperoleh Du Lala sekarang sebenarnya bermula daripada pengalaman pahitnya. Selepas tamat belajar di universiti, beliau pernah bekerja makan gaji di sebuah syarikat. Namun, apa yang menyedihkan, Du Lala mendapat gangguan seksual daripada majikannya. Beliau kemudiannya mendapat pekerjaan di DB, sebuah syarikat antarabangsa dalam Fortune 500. Buku pertama menerangkan secara ringkas kehidupan Du Lala menjawat jawatan di DB, daripada pembantu jualan seterusnya menjadi pengarah sumber manusia. Disebabkan kejayaan yang dikecapi Du Lala begitu singkat, beliau dicemburui dan berdepan dengan permainan politik di syarikatnya. Dalam pada itu, seorang wanita muda yang membaca buku mengenai Du Lala, Yan Nan, 28, memberitahu dengan buku tersebut ia memberi banyak pengetahuan kepadanya untuk meningkatkan kerjaya. Bimbingan "Ia memberi banyak bimbingan dan idea kepada saya. Banyak perkara yang boleh dipelajari melalui buku tersebut. Bagaimana untuk berkomunikasi, bagaimana untuk bertahan dalam sebuah pejabat, bagaimana bertanya mengenai kenaikan gaji dan sebagainya. ![]() LI KE menggunakan nama samaran untuk mengekalkan privasinya. "Saya tidak berasa keseorangan lagi. Terdapat beribu-ribu Du Lala yang cuba melakukan kejayaan dalam hidup. Salah seorang daripadanya adalah saya sendiri," katanya yang bekerja untuk syarikat asing di Beijing. Ia merupakan sebuah buku yang sangat praktikal untuk wanita aktif. Buku tersebut sangat mudah untuk difahami. Pembaca boleh mendalami mengenai watak yang ditulis (Du Lala) di mana beliau bersaing untuk dirinya dan kehidupan peribadinya. "Ini sangat berbeza dengan wanita-wanita muda Cina sekarang yang mencari lelaki kaya untuk kesenangan hidup. Du Lala pula bekerja keras di atas usahanya sendiri. Disebabkan itu saya cukup mengkaguminya," kata Rui Menggui, 28. Yan memberitahu, dia menyukai Du Lala disebabkan wanita itu mewakili sekumpulan pekerja kolar putih yang berjuang di alam pekerjaan. Rui pula memberitahu, Du Lala membawa imej seorang wanita moden yang kuat dan pintar. Buku pertama Li Ke telah diadaptasikan kepada teater dan satu siri televisyen juga akan disiarkan tahun ini. Pengarang buku tersebut kini berada di kedudukan kesembilan pada senarai penulis-penulis di China yang dibayar paling lumayan pada 2009. Beliau memperoleh 3.5 juta Yuan (RM1.73 juta). Mengikut data industri China, lebih sejuta salinan dua buah buku itu telah habis dijual. Ini tidak termasuk salinan-salinan yang dicetak rompak. |
Umum | Pelaburan | Simpanan | Perlindungan | Perancangan | Bisnes | Kesilapan | Solusi
Tuesday, January 12
'Du Lala' Heroin Wanita China...Siapa Dia Nie...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment