Public Mutual Bhd (Public Mutual), anak syarikat dimiliki sepenuhnya Public Bank, semalam mengumumkan pengagihan kasar bagi tiga dananya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Agihan dana terbabit ialah 8 sen seunit bagi Public Savings Fund, 0.75 sen seunit (Public Focus Select Fund) dan 2 sen seunit (Public Islamic Enhanced Bond Fund). Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong, berkata Public Dana Savings menghasilkan pulangan satu tahun 46.08 peratus.
"Public Dana Savings yang dilancarkan pada 1981 adalah dana pertama kami. Dana ini diwujudkan bagi mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pada masa sama menghasilkan aliran pendapatan berpatutan.
"Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 14 Disember 2009, Public Dana Savings menghasilkan pulangan satu tahun 46.08 peratus bagi tempoh berakhir 4 Disember 2009," katanya pada satu kenyataan media di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, bagi Public Dana Focus Select yang dilancarkan pada 2004, mencatat pulangan satu tahun 45.49 peratus untuk tempoh berakhir 4 Disember 2009.
"Dana ini bertujuan mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam syarikat yang bersaiz sederhana dari segi permodalan pasaran dari pelbagai sektor ekonomi.
"Untuk Public Dana Islamic Enhanced Bond yang dilancarkan pada 2006 pula, berjaya mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 10.26 peratus bagi tempoh sama," katanya.
|
0 comments:
Post a Comment