Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari. RUGI...sebahagian pelabur penternakan cacing menunjukkan gambar ahli lembaga pengarah di depan syarikat berkenaan, semalam. Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lalu. Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan 3.3 peratus. "Saya melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran syarikat terbabit dan setakat ini mendapat pulangan RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lalu," kata Omar. Peniaga, K Jayakumar, 42, dari Taman Kulim Square, Lunas, dekat sini, bersama 10 anggota keluarganya kerugian RM500,000 kerana menyertai skim pelaburan itu sejak 6 Jun tahun lalu. Jayakumar berkata, mereka hanya dibayar dua kali daripada pelaburan dibuat dan beberapa cek pembayaran selepas itu ditolak bank. "Kami merayu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengembalikan wang pelaburan dibuat kerana ramai meminjam dari bank dan saudara-mara membuat pelaburan itu," katanya. Sementara itu, Pengarah Green Millennium Agrotec (M) Sdn Bhd (GMA), Mohd Faisal Mohd Noor iaitu syarikat yang mengendalikan penternakan cacing bagi syarikat terbabit mendakwa syarikat berkenaan menggunakan kepala surat GMA untuk mengambil wang pelaburan daripada penternak dan pelabur skim itu, menyebabkan syarikatnya kini berada dalam dilema. |
Umum | Pelaburan | Simpanan | Perlindungan | Perancangan | Bisnes | Kesilapan | Solusi
Monday, January 11
RM25 Juta Pelaburan Cacing HANGUS !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment